dah lama aku xmenulis dlam blog ni..kekdahnye 6 bulan skali kot baru update blog..punyela pemalas..betul kata orang..perjalanan hidup kita ni hanya Allah yang maha mengetahui..betapa cantiknye setiap perancangan Allah untuk hambanya..
First, aku skarang bukanlah lagi seorang guru yang berkhidmat di sarawak. berkat kesabaran aku, Allah telah mendengar doa dan dan permintaan aku.. walaupun aku kadang-kadang selalu merungut..Redha dalam keterpaksaan.. Aku sekarang dah berpindah ke semenanjung dan berkhidmat di negeri selangor.. Di kg yang tercinta..seorang guru melayu yang kini berkhidmat di sekolah cina.. Apa pun aku tetap bersyukur..Dah 6 bulan aku menjalani hidup bukan lagi sebagai suami isteri PJJ..kesakitan dan kemanisan ketika berPJJ tu biarlah aku simpan kemas dalam hati sebagai kenangan terindah dan xternilai..Terima Kasih Allah kerana memilih aku..
Second, jika diizinkan Allah, inshaallah aku bakal momma to be..Allah.. Tak terungkap rasenye betapa aku bersyukur dengan nikmat ni.. Dulu waktu aku kat sarawak aku selalu menangis bila datang waktu period. betapa aku mengharap Allah memberi aku keajaiban.. Sekarang di saat aku berasa gembira kerana dapat bersama suami dan keluarga tercinta, Allah tambahkan lagi kegembiraan aku dengan nikmat yang mana telah Dia susun dengan secantik cantik perancangan.. Rupenye Allah nak bagi aku rezeki zuriat apabila aku disamping insan-insan yang aku sayang..Rupa nya Allah xnak langsung aku keseorangan ketika aku melalui saat-saat membahagiakan ini.. Allah..Syukur aku sekarang pregnnat 5 bulan. Waktu mula2 aku tau aku pregnnt aku cume mampu terduduk menangis sambil mengucapkan syukur..
credit gambar : google
credit gambar : google
Third,belum lagi reda kegembiraan yang Allah bagi, aku dapat msg daripada kawan baikku patricia semasa aku berkhidmat di sarawak.. Aku dan kawan-kawan telah disahkan jawatan..penantian kami telah berakhir.. Allah..Ketika aku menulis entry ni pun air mata ni rase bergenang memikirkan semua pemberian Tuhan pada aku.."Maka nikmat tuhan yang manakah lagi hendak aku dustakan"Terima Kasih Allah.with luv, ain
.
.
No comments:
Post a Comment